Pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 meningkat hari ini, 6 kluster dikesan

November 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat berbanding semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh itu sebanyak 112 kes atau 2.5 peratus daripada 4,543 kes harian adalah pesakit kategori berkenaan, berbanding 68 kes daripada 4,343 jangkitan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 97.5 peratus atau 4,431 kes lagi membabitkan pesakit kategori 1 dan 2.

Menurutnya, sehingga 12 tengah hari tadi juga seramai 534 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 263 kes kritikal memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 7,348 pesakit turut disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,419,743 pesakit pulih, berbanding 2,510,852 kumulatif kes positif.

Sementara itu Dr Noor Hisham juga memaklumkan enam lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,812 kluster dengan 4,498 telah ditamatkan dan 314 lagi masih aktif.

Tiga kluster melibatkan tempat kerja dikesan di Kulim, Kedah membabitkan 37 individu daripada 81 saringan; Kuala Krai dan Machang, Kelantan (semua 23 individu yang disaring positif Covid-19); dan Kulai, Johor (lima individu daripada 16 saringan).

Satu kluster pendidikan tinggi dikesan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur melibatkan 11 individu daripada 22 saringan; kluster pendidikan lain di Putrajaya (lima individu daripada 32 saringan); dan kluster pusat tahanan di Sepang, Selangor membabitkan 16 individu daripada 92 yang disaring.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan semua pihak, termasuk ibu bapa, memastikan keselamatan dan kesihatan susulan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka.

“Memandangkan sesi persekolahan sudah dibuka semula, keselamatan dan kesihatan warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat perlu diberi perhatian yang lebih dalam mencegah penularan wabak Covid-19 di sekolah.

“Ini kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih meluas di kalangan pelajar, guru, pekerja di institusi pengajian dan juga kepada keluarga mereka, seterusnya merebak pula ke komuniti.

“Semua pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, ibu bapa, pemandu bas sekolah, murid sekalian, dan juga semua yang terlibat dengan aktiviti pembukaan semula persekolahan diminta agar sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

“Ia bertujuan mengelak kewujudan kluster baharu pendidikan. Jadikanlah tempat pengajian bagi anak-anak kita selamat agar mereka kekal terhindar dari bahaya Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok