Permintaan domestik bakal kembali meningkat tahun ini: MIDF Research

June 11, 2021 · Isu semasa

MIDF Research, agensi di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), menjangkakan permintaan domestik kembali meningkat tahun ini walaupun wujud gangguan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam nota penyelidikan yang diterbitkan hari ini MIDF berkata, pengguna sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu apabila beralih kepada menggunakan pembelian menerusi dalam talian, berbanding berbelanja di luar talian.

Selain memastikan akses kepada pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) MIDF juga memberi nasihat strategik kepada industri, perusahaan, institusi dan kerajaan bagi mencapai sasaran jangka panjang.

Dalam nota itu MIDF juga berkata pemulihan dalam penggunaan swasta akan menjadi lebih meyakinkan mulai suku kedua tahun ini dan seterusnya susulan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah bermula dan pelaksanaan vaksin akan diteruskan secara berperingkat sepanjang tahun ini, selain menerima manfaat daripada kesan asas rendah pada tahun lepas.

“Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang rendah dan pakej rangsangan fiskal, termasuk yang terkini — pakej rangsangan ekonomi PEMERKASA Tambahan berpaksikan rakyat seperti i-Sinar, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), subsidi upah dan moratorium pinjaman, akan terus memberikan sokongan kepada jangkaan itu,” katanya.

Katanya, pengeluaran i-Sinar secara menyeluruh boleh membuka peluang kepada pencarum yang tidak terkesan atau kurang terjejas untuk meningkatkan perbelanjaan mengikut budi bicara mereka.

“Inflasi pengguna dijangka meningkat pada tahun ini, namun masih baik dan menyokong penggunaan.

“Secara umumnya, sektor perkhidmatan akan kembali baik pada tahun ini, namun, beberapa perkhidmatan termasuk hotel dan penerbangan dijangka masih mengalami tekanan susulan sekatan perjalanan antara negeri dan penutupan sempadan antarabangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok