PERKESO akan proses tuntutan faedah pencarum dijangkiti Covid-19

April 4, 2022 · Isu semasa

Bermula 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat.

PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain Covid-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus), lapor Bernama,

“Sekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes Covid-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

“Permohonan tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM), mengikut kelayakan masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan PERKESO itu menyatakan, bagi permohonan tuntutan faedah oleh OB yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja.

Sehingga 26 Mac lepas, Perkeso menerima sebanyak 132,988 kes tuntutan faedah Covid-19, yang merangkumi pekerja tempatan dan asing dan daripada jumlah tersebut, lebih RM133 juta telah dibayar kepada OB sejak pemberian faedah mula dilaksanakan pada 24 Feb 2021.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok