Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos

July 4, 2022 · Isu semasa

Kes pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terhadap isterinya, Sova Ali akan dibicarakan pada 25 Ogos depan.

Keputusan tersebut dibuat Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas Azlan tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan, menurut laporan BH.

Azlan diwakili peguamnya, Nurul Atikah Abd Rashid hadir ke mahkamah hari ini tetapi Azlan tidak dapat hadir sementara bekas isterinya, Sova hadir dengan memakai jubah berwarna hitam dan diwakili peguam, Muhammad Syafiq Ibrahim.

Muhammad Syafiq memberitahu mahkamah yang pihaknya sudah cuba membuat serahan surat saman sebelum ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong tetapi tidak berjaya dan turut gagal menghubungi defendan.

Bagaimanapun, salinan saman itu dapat diserahkan kepada peguam defendan semalam.

“Hari ini adalah sebutan kali pertama untuk defendan menjawab permohonan pengesahan lafaz cerai.

“Saya difahamkan defendan tidak hadir kerana ada urusan kerja, namun peguam beliau ada.

“Prosiding ini tidak dibuat di Perlis kerana permohonan difailkan oleh Sova (anak guam) yang menetap di sini.

“Serahan saman kepada defendan dibuat sejurus permohonan difailkan bulan lalu dan kita memfailkan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003,” katanya.

Sementara itu, Nurul Atikah memberitahu hakim, anak guamnya sudah menerima salinan surat saman sebelum ini tetapi melalui pembantu.

Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu selepas defendan melantiknya sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 1 Julai lalu menerusi panggilan video.

Pada prosiding sama, Nurul Atikah turut memohon perbicaraan akan datang diadakan secara tertutup kerana status anak guamnya sebagai Menteri Besar Perlis dan bimbang berlaku salah faham masyarakat terhadap reputasinya.

“Anak guam saya tiada masalah dalam kes pengesahan lafaz cerai ini cuma tidak hadir kerana ada urusan kerja dan menerima pemberitahuan pada saat akhir.

“Ada beberapa isu perlu dijawab dan atas sebab itu saya memohon perbicaraan tertutup, namun terpulang kepada budi bicara hakim,” katanya.

Abdullah Zuhdee kemudian berkata, keputusan mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kelak sebelum perbicaraan.

Beliau berkata, mahkamah tidak dapat merekodkan keterangan dan persetujuan hari ini kerana defendan tidak hadir.

“Mahkamah tidak dapat ambil kenyataan lisan sama ada defendan bersetuju atau tidak dengan kenyataan plaintif.

“Kena dengar kedua-dua pihak, jadi prosiding ditangguhkan ke tarikh akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok