Pemuda PAS lapor polis serangan lucah penyokong, tentera siber PH

February 14, 2023 · Isu semasa

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini (14 Februari 2023) membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, susulan gangguan lucah dan seksual dipercayai dilakukan penyokong fanatik dan tentera siber Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang hadir di IPD Dang Wangi, kira-kira jam 3.20 petang semalam berkata, laporan polis itu dibuat susulan beberapa insiden yang dianggap satu ‘serangan siber’ yang dilakukan terhadap beberapa pencipta kandungan media sosial (medsos) PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Bagi saya, (tindakan penyokong PH) itu adalah satu tindakan yang agak melampau kepada respons kritikan terhadap tindak-tanduk kerajaan yang bersifat kronisme, nepotisme yang seharusnya perlu ditegur.

“Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW, antara jihad utama adalah menegur pemerintah yang melakukan kemungkaran.

“Di sini, kita lihat apa yang dipaparkan oleh beberapa pencipta kandungan medsos PAS dan PN ini adalah selaras dengan apa yang agama Islam kehendaki,” katanya menurut laporan Harakah.

Namun begitu, beliau memberitahu bahawa hal ini telah dibalas dengan tindakan penyokong-penyokong PH yang agak melampau apabila ada segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat perkara yang tidak senonoh.

“Antaranya, mereka memuatnaik posting-posting yang mendedahkan identiti pencipta kandungan medsos (PAS dan PN) terbabit secara terperinci dengan tujuan mengaibkan mereka.

“Mereka (penyokong PH) telah melakukan serangan seksual dalam posting sehingga menyebut kemaluan wanita, menghina bentuk tubuh badan (body shaming), menghasilkan poster mengaibkan bagi tujuan melemahkan semangat pihak (pencipta kandungan PAS, PN) yang ingin membantu pihak kerajaan dalam mendedahkan salah laku atau perkara-perkara yang tidak betul,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan penyokong PH itu adalah satu tindakan yang salah di sisi undang-undang kerana dengan niat dan tujuan yang tidak betul.

“Mereka (pencipta kandungan medsos PAS, PN) adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara.

“Apa yang dikatakan itu, jika hujahnya tidak boleh dibalas dengan hujah, maka tidak seharusnya ia dibalas dengan sentimen-sentimen yang bersifat provokasi,” ujarnya

Sehubungan itu, ujar Khairul Nadzir, Dewan Pemuda PAS telah bersolidariti dengan semua pencipta kandungan terbabit, khususnya empat wanita yang secara saintifiknya telah disebutkan dalam laporan polis itu bahawa mereka yang telah diserang secara ‘buli siber’ dan ia merupakan satu jenayah di sisi undang-undang.

Beliau yang mewakili Pemuda PAS Malaysia berharap dan berdoa agar pihak polis dapat menyiasat dengan lebih lanjut.

“Semoga semua pencipta kandungan medsos memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri masing-masing dengan menyampaikan maklumat yang bermanfaat dan akhirnya memperoleh balasan pahala daripada Allah SWT,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok