Pelajar pulang dari UK dikesan dijangkiti subvarian Delta AY.4.2

November 6, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 melibatkan subvarian Delta AY.4.2 sudah dikesan masuk ke dalam negara hasil saringan ke atas pelajar Malaysia pulang dari United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata dua kesan dikesan semasa tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Oktober lalu dan ujian calitan RT-PCR yang dijalani mereka adalah negatif bagi sampel pertama.

“Bagaimanapun, ujian bagi keputusan berkenaan positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober lalu ketika tempoh kuarantin dilaksanakan.

“Sampel berkenaan kemudian menjalani penjujukan genom penuh di Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan laporan keputusan itu dikeluarkan pada 30 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, varian AY.4 adalah satu daripada lineage Delta yang mana pada masa ini terdapat lebih 75 jenis lineage berasal dari Delta.

“Satu daripada ‘sublineage’ AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus.” Varian AY.4.2 ini mempunyai dua mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

“Sehingga akhir bulan lalu, variant AY.4.2 adalah 10 peratus daripada jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di UK. Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober lalu menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI),” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah seperti kuarantin, pengujian dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA.

“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kajian berterusan yang dijalankan beberapa pihak berjaya mengenal pasti 90 kes baharu yang mempunyai varian membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2).

Beliau berkata, 44 kes yang mempunyai varian Delta itu dikesan Institut Kajian Perubatan (IMR), manakala 46 kes lagi oleh UMBI-UKM.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,782 kes.

“Daripada jumlah dikesan itu, 3,762 kes adalah VOC, manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,522 kes varian Delta; Beta (226 kes) dan Alpha (14).

“Bagi kes VOI, terdapat 13 kes daripada Theta, Kappa (empat) dan Eta (tiga),” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok