Peguam Negara sahkan pendakwa kanan kes rasuah Zahid digugur

August 9, 2023 · Isu semasa

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak lagi mengetuai pasukan pendakwaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana akan bersara awal.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti, lapor Bernama.

“Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April 2023. Pemohonan itu telah diluluskan dan akan berkuat kuasa pada 1 Nov 2023. Selanjutnya, Raja Rozela memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Idrus, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu dalam kes Zahid berdasarkan pengalaman luas beliau hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata Mohd Dusuki ketika ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi, termasuk kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Idrus berkata memandangkan kes melibatkan Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga Disember 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes.

“Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kenyataan Peguam Negara itu susulan daripada laporan media berkenaan Raja Rozela, ketua pasukan pendakwaan yang digantikan dengan Mohd Dusuki semasa perbicaraan kes itu pada 1 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi di sini.

Zahid, 70, diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Beliau selesai memberi keterangan pada 30 Ogos tahun lepas setelah 17 hari membela diri secara bersumpah dari tempat saksi dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
PMX akan jawab kes rasuah anak murid dihentikan di Parlimen: Laporan
September 18, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
18 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
18 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok