UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong

September 30, 2023 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) sedia bertanding sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun keputusan PRU-15, menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti besar, kemungkinan BN mencipta kejutan tetap ada, lapor Bernama.

“Kita dapat menjadi pencabar walaupun dalam situasi sekarang sebagai underdog. Kita yakin rakyat dan pengundi dapat membuat pilihan tepat dan kembali sokong (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs, di Felda Chemomoi hari ini.

Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias, dengan Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi), berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata PAS akan meneliti Perakuan Hakim Pilihan Raya, sebelum memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak berhubung pembatalan kemenangan itu.

Pada PRU-15 Nov 2022, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin dari Pakatan Harapan (8,340) dan Rosli Ab. Ghani dari Pejuang (506).

Ditanya jika bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi diturunkan di kerusi Parlimen itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia belum dibincangkan.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ahmad Zahid optimis BN akan terus mempertahankan kerusi itu.

“Namun kita harus berusaha, kerana tahu pihak seteru politik akan sedaya upaya mungkin untuk menafikan dokongan rakyat di Pelangai. Saya yakin pengundi di Pelangai amat dekat dengan BN dan pilih wakil yang dapat memberikan kesinambungan perkhidmatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ‘sealiran dengan negeri dan negara’, pastinya akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat penduduk Pelangai.

Ditanya mengenai dakwaan Takiyuddin berhubung kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam aktiviti kempen Perikatan Nasional (PN) di PRK Pelangai, Ahmad Zahid berkata ia hanya isu yang dimainkan pembangkang untuk mewujudkan kekeliruan.

“Polis profesional dalam tugasan dan mereka cuba untuk membantu parti dan calon dalam berkempen. Jangan persoalkan profesional mana-mana agensi penguat kuasa termasuk polis,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pelangai berlangsung pada 7 Okt ini, ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok