PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula

October 23, 2023 · Politik

Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas calon UMNO di Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said semakin pasti tidak akan dicalonkan semula bertanding pada PRK kali ini selepas Zahid memberi bayangan terdapat calon lain yang akan diletak disitu dan tidak mahu mengambil risiko besar kalah sekali lagi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata partinya telah memperoleh beberapa nama sebagai calon dan ia akan disenarai pendek dalam masa terdekat, lapor Bernama.

“Yang pastinya kami akan ambil tokoh anak Kemaman yang berada di peringkat nasional atau di peringkat negeri untuk bertanding bagi PRK Kemaman,” katanya.

Zahid berkata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang juga Pengarah Jentera BN bagi PRK Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok