Peguam bekas staf Anwar sahkan writ saman sudah berjaya diserah

August 18, 2021 · Isu semasa

Mahajoth Singh, peguam mewakili Muhammed Yusoff Rawther mengesahkan writ saman serangan seksual berjay diserahkan kepada barisan peguam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan portal MalaysiaNow, writ tersebut berjaya diserah selepas beberapa kali usaha untuk menyerahkannya gagal sejak difailkan sebulan lalu.

Mahajoth turut mengesahkan pengurusan kes tersebut akan ditentukan pada 9 Spetember depan.

Sebelum ini, difahamkan beberapa percubaan dilakukan untuk menyerahkan saman tersebut.

Namun akhirnya, peguam Anwar bersetuju menetapkan tarikh janji temu bagi penyerahan saman itu dibuat hari ini.

Pada Julai lepas, media melaporkan Yusoff bertindak memfailkan tuntutan saman dan mendedahkan beberapa maklumat yang sensitif dalam tuntutannya terhadap Presiden PKR itu.

Dua tahun lalu Yusoff membuat laporan polis terhadap Anwar itu berhubung tuduhan sama, namun kes tersebut digugurkan Peguam Negara era pentadbiran Pakatan Harapan waktu itu, Tommy Thomas.

Dalam kenyataan pendakwaan, Yusoff, 28, berkata dia mengalami trauma dan gangguan terhadap fizikal, psikologi dan sosial akibat serangan seksual yang didakwa telah dilakukan seorang ahli politik di rumahnya sebelum ini di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Yusoff menyenaraikan lebih sepuluh perlakuan dan ungkapan tidak senonoh oleh Anwar, dan kini sedang berusaha di mahkamah supaya ia mengisytiharkan ketua pembangkang itu telah melakukan serangan seksual selain ganti rugi am, setimpal dan terkumpul termasuk kos sesi terapi yang dijalaninya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok