PDRM tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus

March 25, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun trafik sehingga 50 peratus mulai hari ini hingga 11 April depan menerusi portal dan aplikasi ‘MyBayarSaman’, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Memberitahu sidang media selepas majlis pelancaran sistem bayaran saman secara dalam talian (MyBayar Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman, hari ini, beliau berkata, tawaran itu bagi memberi kemudhan kepada orang ramai membayar saman trafik secara dalam talian.

“Rakyat Malaysia yang mempunyai saman kompaun trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula hari ini hingga 11 April menerusi portal dan aplikasi MyBayarSaman,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tawaran diskaun itu tidak terpakai bagi kesalahan utama trafik, termasuk melanggar lampu isyarat merah; memandu melebihi had laju ditetapkan; memotong garisan berkembar; menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

“Menerusi aplikasi ini orang awam dapat melakukan pembayaran secara dalam talian tanpa perlu beratur bersesak di kaunter-kaunter bayaran sedia ada sebelum ini,” katanya.

Mengenai isu kartel di kalangan pegawai polis yang didakwa mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan beliau, Hamid berkata, beliau tidak akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yakin situasi yang berlaku dalam PDRM masih terkawal serta akan menghentikan gerakan itu secara dalaman.

“Saya nak jelaskan bahawa perkara itu bawah kawalan saya. Saya berbincang dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, tindakan akan diambil (secara dalaman) tidak sampai ke situ (lapor SPRM) termasuk sampai nak bawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” katanya.

Hamid sebelum ini mendedahkan wujudnya gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang bercita-cita menjatuhkannya.

Dementara itu ketika ditanya siapa penggantinya sebagai Ketua Polis Negara selepas kontraknya tamat 3 Mei ini, beliau memberi bayangan timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bakal menggalas tanggungjawab itu.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pelantikan itu.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok