Pakar keselamatan, kesihatan antara dipanggil beri taklimat kepada Raja-Raja Melayu esok

June 15, 2021 · Isu semasa

Beberapa pakar daripada agensi kerajaan dijadual akan memberi sembah taklimat pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan di Istana Negara jam 2.30 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lalu hingga hari ini juga akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu pada perbincangan itu.

Beliau berkata pakar mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara akan memberi taklimat pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik dalam sesi yang berlangsung secara bersemuka dan maya di Istana Negara dan mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai isu.

Selain pemimpin parti politik, Seri Paduka turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria, pagi tadi.

“Perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka dan berkaitan usaha memerangi penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan agar Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Ini merupakan kali kedua Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 selepas yang pertama pada 25 Oktober tahun lalu.

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Agong titah kerajaan harmonikan keadaan
June 5, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok