PAC minta kerajaan nyahklasifikasi laporan projek ‘land swap’

June 15, 2023 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan untuk menyahklasifikasi laporan projek kontroversi ‘land swap’ (penswastaan untuk memajukan tanah) supaya pihaknya dapat meneliti semula isu tersebut..

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC sudah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, daripada tiga laporan siasatan dijalankan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang sudah dibubarkan itu, laporan melibatkan tanah Kementerian Pertahanan itu satu-satunya dokumen yang masih belum dinyahklasifikasi.

“Untuk makluman JKSTUPKK pernah membentangkan tiga laporan kepada PAC pada Parlimen ke-14. Pertama laporan JKSTUPKK berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada 16 November 2020.

“Keduanya berhubung perolehan enam Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV) berkeupayaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 2020 dan laporan ketiga berhubung projek ‘land swap’ di bawah Kementerian Pertahanan pada 2 April 2019 dan 16 Novemver 2020.

“Dua daripada tiga laporan JKSTUPKK ini sudah dinyahklasifikasi oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu Laporan AES pada 8 Julai 2022 dan Laporan Perolehan Enam SGPV berkeupayaan LCS Tentera Laut Diraja (TLDM) Kementerian Pertahanan pada 17 Ogos lalu.

“Laporan projek ‘land swap’ di bawah Kementerian Pertahanan masih belum dinyahklasifikasi dan memandangkan JKSTUPKK sudah dibubarkan, saya menulis sepucuk surat kepada Datuk Seri Azalina untuk menyahklasifikasi laporan ini supaya PAC dapat melihat semula perkara ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada Februari 2019, BH melaporkan Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan JKSTUPKK dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Januari 2019.

Semua kerugian dan ketirisan itu membabitkan 16 projek ‘land swap’ terdiri daripada 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan dengan nilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion.

Isu ‘land swap’ membabitkan tanah Kementerian Pertahanan timbul selepas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementerian itu dipindahkan kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka.

Dakwaan itu dibuat oleh Rafidah menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 8 April 2018.

Rafidah mendakwa semua tanah berkenaan dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial.

Antara hartanah yang disebut Rafidah dalam surat terbuka itu adalah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Perbahasan Bajet 2024 tergendala selepas kurang Ahli Parlimen dalam dewan
October 19, 2023· Politik
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
AUKU tetap tak dimansuhkan, janji manifesto PH tak ditunaikan
March 16, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
44 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok