Muhyiddin ziarah keluarga anggota bomba lemas di Melaka

October 21, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi dan meluangkan masa melawat keluarga anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika bertugas dalam operasi banjir di Sungai Putat, Melaka semalam.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja di Melaka menerima perkhabaran berita kematian seorang anggota bomba semasa bertugas dalam operasi banjir dan berpeluang menziarah balu Allahyarham Puan Noraida Che Nor dan empat orang anak Allahyarham yang berusia antara 18 dan 9 tahun.

“Saya sempat singgah ke Taman Krubong Jaya sebelum ke Sesi Dialog Majlis Pemulihan Negara bersama pemain sektor ekonomi dan sosial negeri Melaka, untuk menziarah balu Allahyarham Puan Noraida Che Nor dan empat orang anak Allahyarham yang berusia antara 18 dan 9 tahun.

“Saya berdoa semoga ahli keluarga Mohd Diya diberi ketabahan dan kekuatan dalam berhadapan dengan saat-saat yang sukar ini.

“Sesungguhnya pengorbanan Mohd Diya sebagai anggota frontliners (barisan hadapan) sangat besar dan saya mendoakan agar Allahyarham memperoleh husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah tersebut  tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat disahkan meninggal dunia, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, anggota terbabit Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya, 46,  meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok