MPN teliti masalah pembiayaan dan modal peniaga Sabah, kata Muhyiddin

October 3, 2021 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan meneliti dan mencari mekanisma terbaik bagi membantu keluhan peniaga di Sabah yang berdepan dengan kekangan pembiayaan dan modal bagi memulakan perniagaan mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi MPN itu berkata sepanjang lawatan kerja dan tinjauannya di Sabah, kebanyakkan peniaga dan orang ramai yang ditemui membangkitkan berhubung bantuan yang diperlukan mereka selepas terjejas punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara khususnya di negeri Bawah Bayu tersebut.

“Sementara itu, saya juga menerima maklum balas daripada para peniaga mengenai masalah biaya dan modal untuk membuka semula perniagaan mereka selain isu tenaga kerja.

“Insya-Allah, perkara yang mereka bangkitkan ini akan saya bawa ke mesyuarat Majlis Pemulihan Negara akan datang untuk dibincangkan dan dicari penyelesaiannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sabah kini berada dalam Fasa 2 sejak Julai lalu dan kebanyakkan sektor ekonomi sudah kembali dibuka, dijangka tidak lama lagi akan beralih ke Fasa 3 apabila kadar vaksinasi mencapai kadar 70 peratus.

“Rata-rata perniagaan mula dibuka, selari dengan peralihan Sabah ke Fasa 2 pada Julai lalu. Sabah yang telah mencapai kadar vaksinasi lebih 70% dijangka beralih ke Fasa 3 tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata sektor pelancongan yang merupakan penyumbang utama kepada sektor ekonomi negeri tersebut menerima tempias yang teruk akibat penularan pandemik, bagaimanapun diharapkan ia akan kembali rancak selepas kebenaran rentas negeri diberikan selepas ini.

“Di sebalik pembukaan sektor ekonomi ini, saya sedar banyak industri di Sabah masih terkesan selagi sektor pelancongan belum boleh dijalankan sepenuhnya.

“Sekarang ini, kadar vaksinasi di peringkat nasional telah mencapai 87.2% dan dijangka mencecah 90% dalam tempoh kurang seminggu lagi. Apabila angka ini dicapai, rentas negeri akan dibenarkan dan saya berharap mampu merancakkan semula sektor pelancongan di Sabah,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok