MPN gesa kerajaan segera tangani inflasi, fokus pendekatan baharu

May 17, 2022 · Isu semasa

Kerajaan digesa mencari pendekatan dan kaedah proaktif dalam menangani isu berhubung inflasi selepas rakyat kini berdepan kenaikkan harga barang yang mendadak, kata Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan perlu mencari jalan memastikan hasil pengeluaran bahan makanan mencapai tahap optimum bagi mengelak kebergantungan kepada import bahan makanan dan menerima kesan peningkatan harga di peringkat global.

“Sebab itu saya setuju supaya usaha untuk meningkatkan pengeluaran dalam negara yang belum diteroka secara meluas seperti penggunaan teknologi, isu tenaga kerja.

“Saya jangka dalam situasi pandemik ini, ia perlu diberi perhatian segara dalam usaha menangani inflasi.

“Beri tumpuan lebih kepada sektor agromakanan, tarik pelabur dan minat orang tempatan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin mengulas tentang isu kenaikan harga bahan makanan yang melonjak tinggi di negara ini sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang terjejas.

Beliau turut menyarankan agar majlis khas yang pernah dibentuk kerajaan dahulu untuk menangani masalah keselamatan makanan diaktifkan secara mendalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata MPN turut mengesyorkan kerajaan untuk merangka inisiatif serta bantuan bagi meningkatkan kapasiti pemain industri pelancongan yang terjejas teruk sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Untuk rekod ketibaan pelancong ke Malaysia berkurang sebanyak 99.5 peratus pada tahun lalu berbanding 2019 dan sebelum pandemik.

“Sektor pelancongan adalah antara sektor yang paling terjejas akibat pandemik Covid-19. Tourism Malaysia berpendapat masih terdapat peluang menambahbaik sektor ini berikutan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta pembukaan semula sempadan antarabangsa.

“MPN sudah membincangkan cadangan yang diutarakan oleh Tourism Malaysia dan pada dasarnya menyokong supaya dilaksanakan segera bagi memperkukuhkan lagi pemulihan sektor ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN, di Kementerian Kewangan, hari ini.

Beliau berkata penutupan pintu sempadan dan penutupan penuh di China turut memberi kesan kepada sektor pelancongan di negara ini.

“Jika dianggarkan sebelum ini jumlah pelancong China ke negara ini adalah tiga juta, sekarang ini dengan penutupan sempadan di negara berkenaan mereka tidak lagi boleh memasuki negara ini.

“Dengan jumlah sebesar itu, sudah tentu ia banyak memberi keuntungan kepada negara kerana mereka datang ke Malaysia untuk melancong seterusnya berbelanja.

“Namun itu dasar negara mereka, di sini kita sudah buka sempadan dan syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah dilonggarkan. Sesiapa sahaja boleh masuk ke negara ini, sebab itu kita bersikap proaktif supaya sektor pelancongan dan ekonomi negara cepat pulih,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, cadangan MPN sebelum ini agar Majlis Pemulihan Negeri ditubuhkan adalah masih relevan.

Beliau menambah, sesetengah isu berkaitan proses pemulihan negara adalah berkaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Kita sudah bersetuju, Kabinet juga sudah bersetuju cuma nak menunggu Perdana Menteri menandatangani surat supaya kerajaan negeri nanti akan membentuk Majlis Pemulihan Negeri dalam tempoh yang terdekat,” jelasnya.

Berhubung peningkatan kes Covid-19 selepas Aidilfitri, Muhyiddin berkata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam taklimatnya kepada MPN hari ini menyatakan bahawa situasi pandemik adalah tidak membimbangkan dan hospital awam tidak berdepan tekanan yang serius.

“Kalau ikut laporan Menteri Kesihatan tadi, hampir 90 peratus kes itu daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, Persidangan Kebangsaan MPN yang bakal diadakan nanti bertujuan membuka ruang yang lebih besar kepada pelbagai pihak di peringkat negeri, nasional atau antarabangsa untuk menyuarakan pandangan dalam proses pemulihan negara.

“Mereka boleh mengemukakan kertas kita bincang secara mendalam, dapatkan pandangan dan resolusi yang boleh membantu negara kita pulih dengan seberapa segera,” ujarnya.

Mengenai penutupan sempadan yang dikuatkuasakan oleh China, Muhyiddin berkata, itu adalah dasar negara berkenaan.

“Kita bincang dalam kertas berkenaan pelancongan tadi dengan sebab itu jumlah pelancong dari China yang patut datang kalau ikut tempoh sebelum itu 3 juta, sekarang ini mereka tidak sampai lagi di Malaysia.

“Jumlah yang sebesar itu kalau akan memberikan keuntungan kalau mereka datang melancong, berbelanja, tinggal di sini dan sebagainya.

“Ini adalah dasar negara mereka, di peringkat kita kita sudah buka malah syarat-syarat yang dikenakan Kementerian Kesihatan dari segi prosedur operasi standard (SOP) sudah agak begitu longgar untuk membolehkan hampir sesiapa sahaja yang membenarkan warga mereka datang boleh datang ke Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok