MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia

January 20, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat farmaseutikal AstraZeneca, Leif Johansson yang berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland berkata, AstraZeneca telah menubuhkan hab perkhidmatan perniagaan globalnya di Malaysia bagi menyokong operasi di rantau Asia Pasifik dengan unjuran pelaburan melebihi RM500 juta bagi tempoh lima tahun, lapor Bernama.

Menurutnya sektor farmaseutikal merupakan antara sektor yang diberikan tumpuan oleh MITI kerana ia mempunyai potensi ekonomi signifikan dan manfaat jangka panjang yang mampan.

“Kalau sebelum tahun 2019, ramai yang tidak kenal nama AstraZeneca. Tetapi, selepas COVID-19 melanda, nama AstraZeneca kian popular sebagai pengeluar vaksin,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram beliau hari ini.

AstraZeneca membuka ibu pejabatnya di Malaysia pada Mac 2019 sebagai sebahagian daripada komitmen yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pekerjaan bernilai tinggi serta memperkenalkan sains dan inovasi baharu untuk membantu pesakit.

Tengku Zafrul berkata MITI akan sentiasa memudah cara pelaburan berkualiti yang mampu mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Sebelum ini, beliau berkata misi kementerian pada mesyuarat tahunan WEF bukan sahaja untuk menarik pelaburan ke Malaysia, tetapi juga meneroka peluang perniagaan bagi syarikat tempatan ke peringkat antarabangsa.

Mesyuarat tahunan WEF ke-53 mulai 16 hingga 20 Januari menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara di bandar peranginan Davos, di Pergunungan Alps.

Forum bertemakan ‘Kerjasama Dalam Dunia Terpisah: Menangani Krisis Mendesak, Mengendalikan Cabaran Masa Depan,’ itu dianjurkan di tengah-tengah pelbagai krisis yang telah meningkatkan lagi perpecahan serta pemisahan landskap geopolitik dunia.

— BERNAMA

 

TAG:

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok