Menjelang Ramadan, Agong bertitah utamakan bantu rakyat semasa darurat

April 12, 2021 · Isu semasa

Menjelang bulan Ramadan yang mulia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitah semua pemimpin politik mengutamakan langkah membantu rakyat semasa tempoh darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos ini.

Dalam titah yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Agong berkata langkah pemulihan ekonomi rakyat dan usaha untuk melawan wabak Covid-19 perlu menjadi keutamaan tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Baginda juga berpendapat bahawa keutamaan dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos 2021 sewajarnya diberikan kepada usaha melawan wabak Covid-19 dan tindakan alternatif untuk memacu pemulihan ekonomi negara menerusi inisiatif kerajaan, termasuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara,” kata kenyataan itu.

Baginda juga bertitah, ahli politik perlu menjadi contoh kepada rakyat dari sudut penyatuan dan urus tadbir negara yang baik.

“Biarlah kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini menjadi titik mula yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti,” titahnya lagi.

Sultan Abdullah turut menzahirkan pandangan bahawa sesebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang kestari.

“Pada ketika negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak ini, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.”

Baginda turut memberi jaminan kepada rakyat sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan yang mendukung prinsip Keluhuran Perlembagaan Persekutuan akan terus dipelihara.

Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok