Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri

March 11, 2023 · Isu semasa

Seramai 45,489 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, dengan Johor kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir masih tinggi di tiga negeri dan kerosakan harta benda di kediaman masing-masing menyebabkan ramai masih tidak pulang serta terpaksa berteduh di PPS.

Di JOHOR, bilangan mangsa banjir kembali meningkat kepada 44,937 orang pagi ini, berbanding 43,667 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi, dengan pertambahan mangsa dicatatkan di daerah Batu Pahat, lapor Bernama.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan seramai 12,730 keluarga masih ditempatkan di 172 PPS yang beroperasi di lima daerah.

Menurut JPBN, Batu Pahat terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa adalah seramai 39,737 orang, diikuti Muar (2,785), Tangkak (1,662), Segamat (706) dan Mersing (47).

Sebanyak lapan sungai masih melepasi aras bahaya antaranya, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 19.70 meter (m); Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) dengan bacaan 4.33 m dan Sungai Senggarang di Senggarang (Batu Pahat) 3.53 m.

Di MELAKA, jumlah mangsa di Jasin menurun kepada 380 orang daripada 99 keluarga pagi ini berbanding 438 orang daripada 115 keluarga pada malam tadi dan masih ditempatkan di lima PPS.

JPBN memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat menempatkan seramai 25 mangsa, SK Parit Penghulu (122), SK Parit Gantong (30), SK Batu Gajah (167) dan SK Sungai Rambai (36).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Rompin kekal 172 orang daripada 61 keluarga dengan seramai 62 mangsa ditempatkan di SK Kampung Aur manakala 110 mangsa lagi di SK Leban Chondong.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
21 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
9 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok