Malaysia belum bercadang tutup sempadan cegah penularan cacar monyet

May 28, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan telah mengetatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama bagi pengembara dari negara yang mempunyai kes penyakit cacar monyet, lapor Bernama.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan penyakit itu dapat dibendung daripada memasuki Malaysia.

“Kita telah beri taklimat kepada semua petugas Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini dan akan memperkasakan kawalan daripada segenap aspek dan sekiranya simptom dikesan, langkah pengasingan awal akan dilakukan di pintu masuk negara.

“Selain itu unit makmal KKM sudah bersedia melaksana kajian bagi membendung penularan virus berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penutup Persidangan Kajian Kematian Peri-operatif (POMR) Kebangsaan Kali ke-7 yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan POMR Datuk Dr Fitjerald Henry dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman.

Selain itu, Noor Azmi berkata negara memerlukan lebih ramai pakar geriatrik dan psikiatri pada masa akan datang berikutan pertambahan warga emas dan pesakit mental.

Beliau berkata Malaysia dijangka mencapai status negara menua susulan trend penurunan bilangan kelahiran, selain impak kepada kesihatan mental akibat pandemik COVID-19 dan lain-lain masalah.

“Bagaimanapun kita tidak menghadapi kekurangan masalah kepakaran yang serius termasuk dalam bidang-bidang kesihatan lain, seperti pembedahan dan sebagainya,” katanya.

Katanya kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menyediakan kepakaran dalam pelbagai bidang, seiring peredaran masa bagi memastikan perkhidmatan terbaik dalam kesihatan dapat diberikan kepada rakyat.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh mencecah paras RM4.80 berbanding dolar, terburuk sejak 25 tahun
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok