Makan di premis, enam individu kena kompaun RM20,000

June 3, 2021 · Isu semasa

Enam individu dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 selepas ditahan makan di dalam premis makanan di sebuah kompleks perniagaan ternama di ibu kota semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik premis tersebut dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggannya makan di premis sementara lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.

“Pemeriksaan polis mendapati pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan dan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’ tidak dibenarkan,” kata Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob.

Beliau berkata polis terus giat melakukan pemeriksaan serta tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya.

Kes disiasat mengikut Peraturan16 PU (A) 243/2021 PKP.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu· Isu semasa
Polis buru along buat ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang
June 5, 2023· Isu semasa
Bukit Aman berjaya selesaikan 1,658 kes curi kenderaan
June 3, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan muat naik hantaran menghasut dalam TikTok
May 22, 2023· Isu semasa
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
9 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok