Majlis Peguam pertahan pendirian SPRM tak layak siasat etika hakim

April 20, 2023 · Isu semasa

Majlis Peguam Malaysia menjelaskan bantahannya terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas hakim yang masih bertugas, walaupun sebelum ini pernah menggesa siasatan terhadap bekas ketua hakim negara atas dakwaan salah laku.

Karen Cheah Yee Lynn berkata Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 2009 dan 2010, yang menggariskan proses dalam mengemukakan aduan terhadap badan kehakiman, lapor FMT.

“Mekanisme untuk membuat aduan pada 1996 adalah berbeza ketika itu. Itulah sebabnya (pendirian yang diambil) berbeza sama sekali untuk kes ini.

“Kami kini mempunyai proses baharu untuk aduan seperti ini diuruskan oleh pihak yang betul, dan dalam kes ini ia (pihak yang betul) sepatutnya ketua hakim negara,” katanya menurut Malay Mail.

Karen Cheah dipetik sebagai berkata ketika forum awam yang dianjurkan di Kuala Lumpur oleh Majlis Peguam bertajuk “SPRM, Bekas PM dan Kemerdekaan Badan Kehakiman” semalam.

Dalam temu bual dengan NST yang diterbitkan hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menegur Badan Peguam Malaysia kerana merumuskan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Azam memberitahu akhbar itu bahawa pengkritik SPRM harus berhenti mengamalkan dwi standard, mengatakan bahawa Badan Peguam Malaysia yang telah mendorong Badan Pencegah Rasuah (BPR) – nama lama SPRM – untuk menyiasat hakim.

Sebelum dinaikkan pangkat, Mohd Nazlan pernah menjadi hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang mensabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menggelapkan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 3 April, Cheah berkata SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan pelanggaran etika kehakiman dan mana-mana penyiasatan sedemikian adalah mengganggu pentadbiran keadilan, kerana siasatan sepatutnya dilakukan Jawatankuasa Etika Kehakiman.

Dengan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan terhadap Najib di Mahkamah Tinggi, Cheah berkata percubaan untuk membangkitkan dakwaan terhadap hakim perbicaraan SRC menggunakan surat SPRM kepada ketua hakim negara adalah satu tindakan “terdesak” untuk mencemarkan nama baik seorang hakim.

Pada 26 April 2022, Majlis Peguam Malaysia berkata siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan adalah tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Karen Cheah berkata siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan institusi kehakiman.

Dalam satu kenyataan beliau berkata:

“Ada mekanisme ditetapkan bagi menangani isu ini dan … sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman.

“Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara khusus yang membolehkan sebarang aduan salah laku kehakiman ditangani dalam suatu cara tertentu yang akan memastikan keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman berterusan.

“Tanpa keyakinan yang diperlukan diterapkan kepada insitiusi kehakiman sebagai sebuah institusi, pentadbiran sistem kehakiman tidak akan mendapat penghormatan dan penerimaan yang penting terhadap keberkesanan operasinya dalam pentadbiran kehakiman kita.”

Sebelum ini, 14 bekas presiden Majlis Peguam Malaysia telah menegaskan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk membuat penemuan sedemikian.

Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) – sekutu Majlis Peguam malaysia – turut menggesa SPRM supaya lebih menghormati pengasingan kuasa dan hanya menjalankan tugas mereka untuk melakukan siasatan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok