Madinah larang arwah suami lobi Najib dapatkan jawatan Ketua Audit

March 30, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata walaupun arwah suaminya dahulu ‘akrab’ dengan Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mahu menduduki jawatan itu berdasarkan meritnya sendiri.

Beliau berkata demikian pada Rabu (30 Mac) ketika diperiksa balas dalam pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Madinah ditanya oleh peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar arwah suaminya telah melobi agar beliau mendapatkan jawatan tersebut.

Memetik laporan media hari ini, Madinah menegaskan bahawa beliau telah berbual dengan arwah suaminya meminta dia tidak masuk campur, tetapi beliau tidak bertanggungjawab atau menyedari tindakan suaminya berikutan perbualan itu.

“Apabila perbualan ini dibangkitkan, (saya) memberitahunya dalam keadaan apa pun untuk tidak campur tangan… Saya mahu pastikan apabila saya (dilantik) (ia) berdasarkan merit saya sendiri.

“Apa yang dia lakukan adalah di luar (pengetahuan) saya,” katanya.

Arwah suami Madinah ialah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan Ketua Bahagian Kepong Datuk Seri Rizuan Abd Hamid. Shafee mencadangkan bahawa Rizuan sebagai “ahli terkemuka UMNO” mempunyai akses kepada Najib.

Untuk itu, Madinah hanya berkata beliau hanya boleh mengesahkan suaminya adalah penyokong tegar bekas perdana menteri itu.

“Saya (hanya) tahu bahawa dia tidak akan pernah menolak permintaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa… (atau) doa selamat di rumah Najib atau di mana-mana sahaja. Dia akan pergi, itu saya tahu,” katanya.

Madinah, saksi pendakwaan ke-12 dalam kes itu, pada Rabu mengulangi bahawa walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam perakaunan, pengauditan atau pengurusan perniagaan seperti pendahulunya Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, beliau mempunyai pendedahan tentang perkara berkaitan kewangan dan pengauditan.

Menurutnya beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan.

Beliau juga dilantik ke beberapa lembaga seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya beliau mendapat pendedahan sebagai ahli lembaga pengarah.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum laporan itu dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok