Lembah Klang masuk Fasa 2, individu lengkap vaksin diberi kelonggaran

September 8, 2021 · Isu semasa

Penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing boleh merentas daerah mulai Jumaat apabila Lembah Klang memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini.

Sehubungan itu, katanya ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan berkenaan akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

“Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin dan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama membabitkan penginapan di hotel dan ‘homestay’ bagi individu yang lengkap dua dos.

“Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya.

Berita berkaitan
RoS patut tangguhkan pemilihan UMNO, kata Naib Presiden
February 28, 2023· Politik
Saya ‘dilanyak’ parti sendiri masa jadi Perdana Menteri: Ismail Sabri
February 10, 2023· Politik
Ya saya berdiri… tapi Nur Jazlan tak faham kenyataan, kata Ismail Sabri
January 21, 2023· Politik
Kalah teruk PRU-15: Zahid salahkan Ismail Sabri, pemimpin negeri
January 15, 2023· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok