Kalah teruk PRU-15: Zahid salahkan Ismail Sabri, pemimpin negeri

January 15, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyalahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa pemimpin lain, termasuk di peringkat negeri, susulan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

“Kenapa saya seorang sahaja yang perlu meletak jawatan kerana kekalahan UMNO dalam PRU-15?,” kata Presiden UMNO itu sambil menegaskan bukan beliau sahaja yang sewajarnya perlu dipersalahkan.

Menurutnya Ismail Sabri juga perlu bertanggungjawab terhadap keputusan PRU-15 yang menyaksikan UMNO mengalami kekalahan paling teruk.

Ahli Parlimen Bera yang juga Naib Presiden UMNO itu adalah ‘poster boy’ yang sekiranya UMNO menang PRU-15 akan dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mendakwa kegagalan UMNO meraih undi anak muda disebabkan sabotaj dalaman parti itu sendiri.

“Selepas PRU-15 tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. Saya didesak meletak jawatan tetapi kenapa saya seorang? Bagaimana pula dengan poster boy kita (Ismail Sabri), ketua-ketua perhubungan negeri, beberapa ketua bahagian dan sayap? Ia adalah tanggungjawab semua orang.

“Jadi hentikan permainan menyalahkan satu sama lain. Lakukan beberapa kajian dan bedah siasat tentang sebab aksi kita yang teruk. Pada PRU-15 kita sebahagiannya kalah dalam mendapatkan undi anak muda.

“Kita (UMNO) meletakkan hampir 80 peratus calon baharu dan muda, tetapi kita gagal kerana beberapa faktor seperti sabotaj dalaman,” katanya kepada The Star dalam satu temu bual yang diterbitkan hari ini (15 Januari 2023).

Terdahulu beberapa penganalisis berkata bahawa prestasi buruk UMNO pada PRU-15 adalah akibat terlalu banyak pergeseran di dalam parti, khususnya selepas nama-nama calon diumumkan.

Menurut penganalisis politik, ketidakstabilan di dalam UMNO juga secara tidak langsung menyumbang kepada pengundi Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) secara beramai-ramai.

PN, yang merupakan gabungan Bersatu dan PAS, mampu membina naratif yang menarik hati dan minda orang Melayu serta anak muda dengan menggambarkan gabungan itu sebagai barisan konservatif.

Pada PRU-15 lalu, UMNO menang 26 daripada 120 kerusi yang ditandinginya. Keseluruhannya Barisan Nasional hanya menang 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok