Lelaki Kanada didenda RM800 tunjuk isyarat lucah

April 26, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan tidak memakai pelitup muka, dua minggu lepas.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Theberge Travis Lee, 44, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda, lapor Bernama.

Tertuduh didenda RM100 atau sehari penjara untuk pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua dia didenda RM700 atau dua minggu penjara. Lelaki itu membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Travis Lee didakwa melakukan perbuatan kurang sopan dengan menunjukkan isyarat jari tengah kepada Padam Giri dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang di sini, pada 9.30 malam, 16 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa tidak memakai pelitup muka di pasar raya berkenaan yang merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan yang bukan bertujuan untuk melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2022.

Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa dan tarikh yang sama boleh dihukum di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2022, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Peguam Jayananda Rao memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas baru sahaja bekerja di negara ini dan perlu menanggung tiga kakaknya yang berada di Kanada.

“Anak guam saya memohon maaf dan kesal atas tindakannya yang melulu itu serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya menambah ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Nasuha Safian memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Pada 17 April lepas, tular sebuah video berdurasi 18 saat dimuat naik dua pemilik akaun TikTok memaparkan tindakan agresif lelaki itu terhadap pengawal keselamatan di pasar raya berkenaan.

Berita berkaitan
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
26 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok