KPDNHEP siasat punca harga minyak masak 5 kilogram naik tinggi

June 8, 2021 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih menyiasat perbuatan sesetengah peruncit yang menaikkan harga terlalu tinggi bagi minyak masak botol lima kilogram.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata walaupun harga jualan minyak masak botol lima kilogram tidak dikawal kerajaan, peniaga masih tertakluk kepada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata demikian susulan 11 peruncit di negeri itu diarah mengemukakan maklumat pembelian dan harga minyak masak yang diperoleh daripada pemborong selepas didapati menaikkan harga.

Tindakan itu diambil setelah anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan susulan aduan orang ramai.

Setakat ini 11 notis dikeluarkan terhadap peruncit yang didapati menjual harga minyak masak botol lima kilogram pada harga tinggi, katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat daripada peruncit berkenaan akan disiasat segera dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat unsur kenaikan harga yang melampau.

“Setakat ini kita masih belum boleh putuskan lagi keputusannya dan menunggu dalam tempoh selama dua hingga lima hari bagi mereka memberi maklumat sebelum tindakan seterusnya boleh diambil,” katanya hari ini.

Muhamad Zikril berkata, siasatan dijalankan kerana ada tempat yang menjual murah dan ada tempat mahal dan sebab itu ingin lihat punca ia berlaku.

“Kita ada perkiraan peratusan yang boleh menunjukkan ada pencatutan atau tidak dan sekiranya berlaku tindakan akan diambil,” katanya.

Semalam media melaporkan pemeriksaan dilakukan terhadap 23 lokasi mendapati ada peruncit yang menjual minyak masak botol lima kilogram pada harga mencecah RM34.20 sebotol selain terdapat juga peruncit yang masih mengekalkan harga jualan pada harga RM25.50.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok