[KEMAS KINI] Kes sembuh hampir sejuta

August 6, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan angka tertinggi dengan lebih 16,000 pesakit disahkan sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata jumlah pesakit sembuh dalam tempoh itu sebanyak 16,394 kes menjadikan keseluruhannya 993,020 kes, berbanding kumulatif jangkitan 1,224,595 kes yang dilaporkan sejak Mac tahun lalu.

Dalam tempoh itu juga 158 pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhan, sejak wabak Covid-19 mula menular di Malaysia Mac tahun lalu, kepada 10,177 kematian.

“Setakat ini 1,096 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 545 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya sambil menjelaskan 221,396 kes lagi masih aktif.

Terdahulu beliau memaklumkan angka jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi kepada paras tertinggi mencapai 20,889 kes, berbanding 20,596 kes semalam, susulan penularan varian Delta yang kini menjadi dominan di Malaysia.

Jumlah kes baharu itu turut disumbangkan kes membabitkan bukan warganegara Malaysia seramai 3,404 pesakit.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 273 kes atau 1.3 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,616 kes (98.7 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, hanya 4,292 kes (20.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 34 lagi kluster baharu direkodkan di seluruh negara menjadikan keseluruhannya 3,863 kluster dengan 2,672 telah ditamatkan.

Sembilan belas daripada kluster baharu itu membabitkan tempat kerja dengan jangkitan keseluruhannya mencecah 582 individu.

Negeri yang merekodkan kluster tempat kerja ialah masing-masing lima kluster di Selangor dan Johor, diikuti masing-masing dua di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka.

Manakala, Kelantan merekodkan empat kluster komuniti, diikuti masing-masing dua di Sarawak dan Perak; serta masing-masing satu di Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Selangor turut mencatatkan dua kes kluster kumpulan berisiko tinggi, sementara satu lagi di Kelantan.

Mengenai kadar kebolehjangkitan pula Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 5 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Perak (nilai RT 1.23), dan Pulau Pinang (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Data 6 Ogos 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok