[KEMAS KINI] Kes sembuh meningkat, 211 kematian dilaporkan

August 11, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi kepada 17,973 pesakit, berbanding 16,258 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh daripada Covid-19 sejak awal tahun lalu kepada 1,075,816 kes berbanding jumlah positif sebanyak 1,320,547 kes.

Beliau turut memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 211 pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan kumulatif kes kematian kepada 11,373 kes. Jumlah ini termasuk 27 bukan warganegara Malaysia.

Beliau berkata pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi juga turun daripada 1,096 kes yang direkodkan semalam kepada 1,053 pesakit, dengan 546 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sehingga kini 233,358 kes masih aktif,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak semula melepasi 20,000, dengan semua negeri kecuali Selangor, Sarawak, Perak, Kedah, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, mencatatkan peningkatan.

Sebanyak 20,780 jangkitan baharu, termasuk 3,392 membabitkan bukan warganegara Malaysia, dikesan dalam tempoh 24 jam itu menjadikan kumulatif 1,320547 kes.

Pada 6 Ogos lalu negara merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20,889 kes.

Daripada 20,780 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 400 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 20,380 kes (98.1 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, hanya 5,138 kes (24.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 10 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07.
Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.37) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 31 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhannya 4,034 klsuter dengan 2,776 sudah ditamatkan dan 1,258 masih aktif.

Lapan belas daripada kluster itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (11) dan dua kes kumpulan berisiko tinggi.

Johor merekodkan empat kluster tempat kerja membabitkan 277 jangkitan dengan 218 daripadanya dicatatkan di tapak binaan Jalan Anggun, Johor Bahru.

Kelantan dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kluster tempat kerja diikuti masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Melaka, dan masing-masing satu di Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu enam kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (dua), dan masing-masing satu di Johor, Selangor dan Terengganu, manakala masing-masing satu Kluster kumpulan berisiko tinggi direkodkan di Kedah dan Johor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok