Kes harian di lima negeri meningkat, 490 pesakit Covid-19 masih di ICU

December 4, 2021 · Isu semasa

Hanya lima negeri dan Wilayah Persekutuan melaporkan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut maklumat disalurkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri lewat petang ini.

Sebelas negeri lagi mencatatkan penurunan kes seiring dengan jumlah jangkitan baharu dalam tempoh itu hari ini sebanyak 4,896 kes berbanding 5,551 kes semalam.

Negeri yang merekodkan peningkatan kes hari ini ialah Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan.

Johor merekodkan 487 jangkitan baharu berbanding 421 kes semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 233,444, sementara sehingga semalam seramai 223,777 pesakit telah sembuh, dan 3,778 pesakit meninggal dunia.

Sehingga semalam negeri itu merekodkan 5,952 kes aktif dengan 4,908 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 468 ditempatkan di PKRC; 533 dimasukkan ke hospital; dan 43 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 35 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pulau Pinang pula mencatat 344 jangkitan baharu berbanding 291 semalam, naik dua hari berturut-turut menjadikan kumulatif kes di negeri itu sebanyak 154,303 kes dengan 149,294 pesakit telah sembuh dan 1,659 pesakit meninggal dunia.

Bagi negeri-negeri lain pula, Negeri Sembilan mencatat 230 kes berbanding 219 semalam; diikuti Putrajaya (37 kes baharu, 35 semalam); dan Labuan (26 kes baharu, enam kes semalam).

Selangor kekal merekodkan jangkitan harian tertinggi hari ini walaupun kes menurun daripada 1,719 kes semalam kepada 1,347 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 4,896 kes harian yang dilaporkan hari ini 79 kes atau 1.6 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 4,817 kes (98.4 peratus) lagi pesakit kategori 1 dan 2.

Menurutnya seramai 490 pesakit Covid-19 kini dirawat di ICU dengan 269 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama beliau memaklumkan seramai 4,676 pesakit disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif sebanyak 2,561,230 kes atau 96.5 peratus daripada 2,654,474 kes kumulatif positif.

Katanya, empat kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 5,969 kluster dengan 5,742 telah ditamatkan dan 227 lagi masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok