Kes Ebit Lew: Saksi beritahu bukan semua gambar tangkap layar diteliti

August 18, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Tenom semalam diberitahu bahawa bukan semua gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit seorang pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, diteliti.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata terdapat sebanyak 436 gambar tangkap layar dipercayai mengandungi unsur lucah diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang merujuk kepada perbualan dengan tertuduh di aplikasi WhatsApp, lapor Bernama.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa ia adalah sebahagian daripada 156,789 gambar yang terdapat dalam telefon bimbit itu.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata bagaimanapun, gambar lain tidak mempunyai kaitan dengan permohonan pegawai penyiasat dalam kes tersebut.

Latifah berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam itu pada perbicaraan kes Ebit Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Katanya beliau menggunakan perisian di makmal forensik PDRM bagi mengeluarkan keseluruhan data daripada barang kes sebelum menjalankan analisis pemerhatian seperti dalam permohonan pegawai penyiasat.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung hari ini.

Berita berkaitan
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kumpulan media persoal tindakan kerajaan tarik balik kad media Harakah
November 8, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok