Kes baharu naik lagi, Melaka meningkat empat kali ganda

July 10, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara meningkat lagi kepada 9,353 kes berbanding 9,180 semalam, susulan program saringan yang dilakukan secara meluas, khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak pandemik melanda negara kepada 827,191 kes.

Beliau berkata dalam tempoh itu Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi iaitu masing-masing 4,277 dan 1,398 kes.

Semalam, Selangor merekodkan 4,400 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, manakala Kuala Lumpur (1,271 kes).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, lapan negeri dan wilayah mencatatkan kenaikan kes baharu dalam tempoh 24 jam itu.

Negeri dan wilayah yang merekodkan peningkatan kes Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Johor, Labuan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Manakala kes baharu di Melaka naik empat kali ganda berbanding semalam sebanyak 222 kes kepada 835 hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan peningkatan kes baharu Covid-19, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, adalah disebabkan aktiviti pengesanan dan saringan yang lebih mudah, susulan pelaksanaan PKPD di 48 mukim.

“Susulan pelaksanaan PKPD di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur, aktiviti-aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu di sesuatu kawasan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok