Kerajaan kena ganti Menteri Pelancongan buat kecoh di KLIA, gesa MP Masjid Tanah

July 3, 2023 · Isu semasa

Tindakan penghinaan terhadap penjawat awam oleh menteri Kabinet kerajaan campuran tidak boleh dikompromi, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menggesa kerajaan menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pemimpin baharu, ia ekoran kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

“Kalau nak rehatkan beliau (Datuk Seri Tiong King Sing) sehingga proses siasatan selesai tak perlulah, ganti terus dengan yang boleh membantu membangunkan industri pelancongan tempatan.

“Itu lebih utama, bukannya beri fokus kepada satu perkara, kononnya ada visa pelancongan tetapi berselindung di sebalik visa itu untuk datang bekerja ke negara ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Mas Ermieyati memberi respon kepada wartawan selepas Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas PAS Port Dickson pada Ahad.

King Sing yang juga Menteri MOTAC baru-baru ini terpalit dengan insiden kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA melibatkan seorang pelancong warga China.

Mas Emeryanti yang pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2015 sehingga 2018 turut memberitahu yang beliau berasa malu dengan insiden itu.

Ujarnya, seorang menteri tidak sepatutnya masuk campur soal yang bukan berkaitan dengan kementeriannya.

“Walaupun beliau ada pas VIP pun, itu bukan urusan untuk mencampuri kementerian lain di KLIA dan jika ada kepincangan ikut saluran yang betul.

“Beliau bukan saja mencampuri, malah menjatuhkan air muka pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dengan perkataan ‘You are the culprit’ dan membuat tuduhan menerima suapan RM3,000 di khalayak ramai,” katanya lagi.

Tambahnya, seorang menteri juga perlu ada budi bahasa yang baik.

Ujarnya, berdasarkan pengalamannya di bawah kementerian itu, jika ada maklumat kes-kes tertentu ia akan diselesaikan secara kolaborasi dengan agensi berkaitan.

“Kita beri maklumat dan biar tindakan dibuat oleh JIM bukannya tindakan melulu dibuat menteri.

“Kalau penjawat awam pun kita tak hormat, bagaimana rakyat nak hormat kita,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan pihak imigresen.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
21 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
21 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok