Kerajaan kaji individu lengkap vaksin boleh rentas negeri

June 21, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) sedang mengkaji memberi kelonggaran dan kebebasan, termasuk merentas negeri, kepada individu yang telah melengkapkan dua suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata sebarang keputusan kajian oleh pakar kesihatan dan sains di dalam jawatankuasa teknikal akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri.

“Ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan yang akan dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan pada tahap peratusan ambang manakah kita dapat memberi kebebasan kepada mereka yang sudah menerima vaksin.

“Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. Contohnya, sekiranya ada beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi yang ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh buka pelitup muka mereka,” katanya semalam.

Memetik laporan Bernama, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata individu yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.

“Apabila profil MySejahtera anda berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap dan kita akan guna QR Code tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu, dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengulangi ingatan agar rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan.

“Buat masa ini, vaksinasi bukan pengganti SOP, terutamanya di sektor-sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk kita memulihkan negara tetapi dari sudut SOP kita yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain mesti terus ditegaskan dan dikuat kuasa,” katanya.

Mengulas sama ada pandemik Covid-19 akan menjadi endemik berterusan yang memerlukan kepada suntikan penggalak untuk tahun-tahun akan datang, beliau berkata perkara itu masih dalam perhatian berikutan terdapat isu yang tidak diketahui melibatkan perkembangan varian yang membimbangkan (VOC), sama ada ia lebih mengganas dari segi jangkitan, kemasukan ke hospital serta kadar kematian.

Katanya setakat 4 Jun lepas, pihaknya telah melaksanakan 1,076 penjujukan genom untuk mengenal pasti varian yang ada di Malaysia, dan dalam tempoh itu, sebanyak 104 kes varian Beta (B.1.351) dan sembilan kes varian Delta (B.1.617.2) telah dikesan di negara ini.

“Kita akan melaksanakan 3,000 penjujukan genom dalam tempoh tiga bulan lagi untuk kita meningkatkan ‘genomic surveillance’ supaya kita dapat melihat dengan jelas varian mana yang ada di Malaysia.

“Berapa lama keberkesanan vaksin bertahan. Justeru, kita akan terus melakukan ujian serologi bagi memastikan antibodi peneutral masih ada dalam tubuh individu yang divaksinasi berbulan lepas. Sekiranya kita dapati ada pengurangan dari segi antibodi peneutral, kita mungkin akan putuskan untuk beri suntikan penggalak kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai individu yang sudah mendapatkan suntikan vaksin namun masih lagi menerima tarikh janji temu, Khairy berkata perkara tersebut berlaku disebabkan nama individu terbabit telah disenaraikan dalam ‘manual listing’ dan tidak didaftarkan sebagai orang yang sudah menerima vaksin dalam aplikasi MySejahtera.

Justeru, beliau mengingatkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) supaya memastikan maklumat mereka yang sudah divaksinasi dikemas kini dalam aplikasi itu.

Mengulas itu janji temu suntikan di saat akhir pula, Khairy berkata ini disebabkan nama individu terbabit diletakkan dalam senarai menunggu dan dipanggil apabila ada individu yang tidak hadir pada tarikh yang berkenaan.

“Walaupun diberi notis yang singkat, saya harap mereka yang berada dalam senarai menunggu ini dapat hadir untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok