Kelantan, Terengganu diramal berdepan hujan sangat lebat

December 18, 2022 · Isu semasa

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Selasa dan orang ramai dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 6.30 pagi ini, amaran cuaca tahap bahaya itu membabitkan Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara itu, hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan keseluruhan Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, 

Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Kuala Kangsar serta Larut, Matang dan Selama) selain Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Tiga negeri dijangka berdepan hujan berterusan hingga esok: MetMalaysia
March 5, 2023· Isu semasa
Taburan hujan di Johor jarang berlaku kata MetMalaysia
March 4, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, orang ramai dinasihat berhati-hati risiko banjir
March 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok