Kedudukan Malaysia dalam indeks pemulihan Covid-19 merosot, jatuh ke tangga 67

March 5, 2022 · Isu semasa

Di tengah-tengah jumlah kes harian Covid-19 yang meningkat saban hari dan keghairan pemimpin politik mengadakan pilihan raya, kedudukan negara dalam indeks pemulihan Covid-19 jatuh secara mendadak, menurut indeks global 121 negara yang terbaharu.

Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei yang terbaharu pada 28 Februari menunjukkan kedudukan negara jatuh ke tangga 67 daripada tangga ke-10 pada 31 Januari lalu, kejatuhan yang banyak.

Kedudukan negara pada 31 Januari mencapai kedudukan terbaiknya di tempat ke-10 dengan skor 67.0. Selain kedudukan kedua Kemboja ketika itu, Malaysia mendahului negara Asia Tenggara termasuk Singapura.

Bagaimanapun, dalam indeks terkini setakat 28 Februari, kedudukan Malaysia merosot tangga ke-67 dengan markah 53.0, berkongsi kedudukan dan markah yang sama dengan negara Liechtenstein, Nicaragua dan Switzerland.

Bagaimanapun, Kemboja juga merosot dari tempat kedua dengan skor 78 pada Januari tetapi kemudiaan jatuh ke tempat ke-31 dengan skor 62 pada Februari (berkongsi tempat dan markah yang sama dengan Bahrain, Kanada, Colombia, Perancis, Sweden).

Dengan kedudukan terkini ini, Malaysia kini ditinggal di belakang Singapura (tempat ke-47 dengan markah 59), tetapi masih mendahului negara jiran Asia Tenggara lain dalam indeks ― Filipina (tempat ke-85, skor 49), Thailand (tempat ke-85, skor 49) , Vietnam (tempat ke-94, skor 47.5), Laos (tempat ke-96, skor 47), Myanmar (tempat ke-110, skor 41.5), dan Indonesia (tempat ke-118, skor 39).

Menurut laporan indeks tersebut, kejatuhan kedudukan Malaysia itu berpunca daripada rekod kes harian negara yang banyak setiap hari, ia susulan gelombang varian Omicron yang sedang dihadapi negara ketika ini.

Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei menyenaraikan negara dan wilayah berdasarkan pengurusan jangkitan, pelancaran vaksin dan mobiliti sosial mereka, dengan kedudukan yang lebih tinggi menunjukkan sesebuah negara semakin hampir pulih dengan bilangan kes Covid-19 yang disahkan rendah, kadar vaksinasi lebih tinggi dan langkah penjarakkan sosial yang kurang ketat.

Pada tahun 2021, Malaysia berada di kedudukan 114 dengan skor 29 (sehingga 30 Jun), dan sekali lagi berada pada kedudukan 114 dengan skor 30 (sehingga 31 Julai), dan 115 dengan skor 34 (setakat 31 Ogos), sebelum naik ke kedudukan 102 dengan skor 41.5 (sehingga 30 September), dan melonjak ke kedudukan ke-50 dengan skor 54.5 (sehingga 31 Oktober).

Kedudukan negara Jatuh sedikit tempat ke-57 dengan skor 53.5 setakat 30 November 2021, Malaysia sekali lagi membuat lonjakan besar apabila naik tempat ke-13 dengan skor 66.5 (sehingga 31 Disember 2021) dan sekali lagi berada pada kedudukan baik dengan menduduki tempat ke-10 selepas mendapat skor 67 (sehingga 31 Januari tahun ini).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok