KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit

March 23, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri hari ini membentang usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), ia bagi membolehkan tahanan bawah akta tersebut selama 28 hari.

Usul tersebut dibentang bagi membolehkan peruntukan kuasa khas mengikut subseksyen berkenaan digunakan selama lima tahun lagi mulai 31 Julai depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata dengan peruntukan tersebut, pihak polis boleh menyiasat individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari dan ia bagi memastikan siasatan dapat berjalan dengan secukupnya.

“Peruntukan Subseksyen 4(5) SOSMA perlu dilanjutkan dan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan bagi memberi ruang masa yang cukup kepada polis melengkapkan siasatan kes kesalahan keselamatan yang bersifat rumit dan kompleks.

“Tambahan pula, siasatan kes membabitkan kesalahan keselamatan, terutama jenayah keganasan dan jenayah terancang adalah rumit dan kompleks serta memerlukan masa untuk dilengkapkan bagi mendapatkan keterangan daripada orang yang ditahan ketika pengumpulan bukti berkaitan bagi tujuan pendakwaan, termasuk pengesanan rakan sejenayah yang masih bebas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan kepada lima tahun saja bagi mewujudkan elemen semak dan imbang di dalam penguatkuasaannya, namun ia boleh disemak dan dilanjutkan jika mendapat kelulusan Parlimen.

Jelasnya lagi, tempoh 28 hari sebenarnya tidak mencukupi kerana kes disiasat di bawah SOSMA adalah sangat rumit dan kompleks.

Beliau juga menafikan SOSMA sebagai undang-undang zalim, selain menegaskan Subseksyen 4(3) memperuntukkan tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan mengikut seksyen ini semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politik mana-mana individu.

Sejak 2016 sehingga Januari 2022, katanya, seramai 3,717 individu ditahan mengikut SOSMA, dengan 400 daripadanya ditahan kerana terbabit elemen kumpulan pengganas, 321 terbabit aktiviti sindiket penyeludupan manusia, 1,838 kerana kesalahan pemerdagangan manusia dan 1,030 di bawah kesalahan jenayah terancang.

Katanya, SOSMA juga digunakan untuk menghukum pengganas yang menyerang Sabah yang dilancarkan Jamalul Kiram III pada 2013, dengan 551 individu ditahan mengikut SOSMA, 31 individu dituduh dan lapan daripadanya dihukum gantung sampai mati.

“Selain itu, antara kes lain membuktikan Subseksyen 4(5) diperlukan, adalah serangan di Movida Kitchen Bar and Club Lounge di Puchong, Selangor serta sindiket menyeludup keluar 131 warga Sri Lanka dari perairan Malaysia untuk ke negara ketiga.

“Tanpa Subseksyen 4(5) dilanjutkan dan jumlah tahanan 28 hari tidak dikekalkan, kualiti siasatan pihak polis dikhuatiri akan terjejas kerana ia dibuat secara tergesa-gesa iaitu selama 24 jam saja untuk menjalankan siasatan, menyediakan dan melengkapkan Kertas Siasatan, seterusnya mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Pada hemat saya, pihak yang tidak bersetuju dengan SOSMA 2012 atau tidak menyokong usul melanjutkan Subseksyen 4(5) ini adalah golongan yang ingin membuka ruang kepada penjenayah dan pengganas bermaharajalela dalam negara ini,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok