Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman

May 17, 2023 · Isu semasa

Susulan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan paderinya, Jerry A. Dusing turut menarik balik semakan kehakiman mereka berhubung isu sama.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi hari ini, lapor Utusan.

Pada 10 Disember 2007, gereja itu dan Jerry memfailkan semakan kehakiman terhadap KDN dan kerajaan berhubung hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan keagamaan mereka.

Mereka memohon diisytiharkan bahawa mereka mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menggunakan kalimah Allah dalam injil Kristian terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan dan bahan keagamaan mereka.

Noris pemberhentian tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 April lalu.

Pada 18 April lalu, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Selain memohon agar diberikan hak untuk menggunakan kalimah Allah, SIB dan Jerry turut mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.

Pada 5 Mei 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang pengimportan buku Kristian mengandungi kalimah ‘Allah’.

Mahkamah menolak semakan tersebut atas alasan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober 2014 Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada gereja itu untuk memulakan semakan kehakiman itu selepas membenarkan rayuan gereja dan Jerry.

Berita berkaitan
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
51 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok