Kadar pengangguran menurun pada April 2022

June 9, 2022 · Isu semasa

Kadar pengangguran negara menurun pada April tahun ini iaitu 3.9 peratus, berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, April 2022 dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kedudukan tenaga buruh pada bulan tersebut terus mengukuh dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 16.50 juta orang, berbanding 16.44 juta orang pada Mac, lapor Bernama.

“Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.2 mata peratus kepada 69.4 peratus daripada 69.2 peratus pada Mac 2022, menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penduduk bekerja menunjukkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.5 peratus dan merekodkan 15.85 juta orang pada April berbanding 15.77 juta orang pada Mac.

Mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata kategori pekerja yang merangkumi komposisi terbesar jumlah penduduk bekerja, iaitu sebanyak 76.3 peratus, meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 12.09 juta orang, berbanding 12.06 juta orang yang direkodkan pada Mac.

Katanya, penduduk bekerja sendiri terus bertambah sebanyak 1.2 peratus kepada 2.72 juta orang pada April (Mac: 2.69 juta).

“Peningkatan ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh lebih banyak aktiviti perniagaan sempena sambutan Ramadan dan persiapan menjelang Aidilfitri pada bulan tersebut, selari dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang menggalakkan sektor pelancongan dan industri berkaitan pelancongan untuk meneruskan aktiviti mereka,” katanya.

Dalam sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus mengekalkan trend positif terutama dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta bidang kesihatan dan kerja sosial.

Berita berkaitan
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Jumlah dagangan eksport dan import Malaysia menurun setakat Julai 2023
August 28, 2023· Isu semasa
Aliran masuk pelaburan asing pada 2022 meningkat RM74.6 bilion: Perangkaan
June 16, 2023· Isu semasa
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus April 2023
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok