Jumlah jangkitan baharu turun setelah 6 hari melepasi 16,000 kes

August 2, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini turun setelah enam hari mencatatkan angka 16,000 ke atas sejak 27 Julai lalu, tatkala jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara sehingga lewat malam tadi sudah melebihi 21.2 juta dos suntikan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi negara merekodkan 15,764 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan kumulatif 1,146,186 kes.

Beliau berkata Selangor dan Kuala Lumpur walaupun merekodkan penurunan jangkitan, namun kekal menjadi negeri yang menyumbang paling banyak kes.

Selangor mencatatkan 6,067 kes hari ini berbanding 6,326 semalam, manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 1,536 kes berbanding 2,086 semalam.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, hanya enam negeri mencatatkan peningkatan kes dengan Johor merekodkan lonjakan tertinggi sebanyak 1,222 kes berbanding 1,045 kes semalam.

Manakala kes baharu di Kedah pula sebanyak 1,108, berbanding 1,511 kes semalam.

Semalam, Kedah menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan kenaikan kes harian Covid-19 lima hari berturut-turut sejak 28 Julai lalu, menurut jumlah dikumpul daripada data dikeluarkan KKM selama enam hari bermula 27 Julai 2021.

Menurut data itu Perlis pula merekodkan kenaikan kes harian empat hari berturut-turut sejak 29 Julai. Hari ini Perlis merekodkan sembilan kes.

Pada Rabu, 27 Julai 2021, Kedah merekodkan 1,000 kes baharu setelah sehari sebelumnya mencatatkan 1,161 kes. Bagaimanapun, kes baharu mula melonjak pada 28 Julai apabila merekodkan 1,112 kes baharu.

Lonjakan itu berterusan pada 29 Julai sebanyak 1,212 kes; 30 Julai (1,281 kes); dan 31 Julai (1,389 kes).

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, Kedah sekali lagi merekodkan kenaikan jangkitan Covid-19 sebanyak 1,511 kes, menjadikan kumulatif 47,142 kes dengan 12,530 kes masih aktif.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam, lebih 21.2 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan membabitkan 14,247,659 dos pertama dan 6,952,814 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Sementara bagi Ops Lonjak Kapasiti Lembah Klang pula 223,962 dos suntikan telah diberikan semalam, membabitkan 145,983 dos pertama dan 77,979 penerima dos kedua.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok