Jiwai hijrah, berikhtiar lawan pandemik Covid-19 menerusi PPN

August 9, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam sama-sama menjiwai peristiwa hijrah dengan memperkukuhkan kesabaran dan terus berikhtiar dalam mendepani pandemik Covid-19 sekarang ini.’

Pada ucapan sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 di masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini Perdana Menteri menyeru umat Islam memperteguhkan tekad untuk bersama melawan pandemik itu menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang giat dilaksanakan kerajaan.

“Saya doakan dengan kedatangan tahun baharu Islam ini, Allah SWT akan mengurniakan ke atas kita semua, khususnya umat Islam keimanan dan kesabaran untuk meneruskan ikhtiar kita, menerusi PPN yang sedang giat dilaksanakan pihak kerajaan dengan dukungan saudara dan saudari sekalian. Insya-Allah.

“Saya berdoa agar ujian ini berupaya menjadikan kita umat Islam yang lebih bertakwa dan mempunyai ketahanan jiwa serta asertif diri yang padu,” katanya dalam ucapan yang turut disiarkan secara langsung melalui RTM dan Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama,) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perdana Menteri berkata sambutan yang diadakan hari ini adalah cerminan iltizam kerajaan agar syiar Islam terus terpelihara dan dimartabat sejajar dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan yang dijunjung tinggi.

“Saya menyeru kepada diri saya dan saudara saudari sekalian, marilah bersama-sama kita menjiwai peristiwa hijrah yang bukan sekadar mengenang perpindahan Nabi Muhammad SAW secara fizikal, dengan meninggalkan harta dan kediaman semata-mata.

“Saban tahun, peristiwa Hijrah ini memperteguh tekad kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mengamalkan ajaran Nabi Muhammad SAW, melakukan perubahan sikap dan tindakan kita kepada sifat-sifat mahmudah dan lebih baik sebagaimana dianjurkan Baginda SAW,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok