‘Jawab segera surat tawaran haji’

March 26, 2023 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.

Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Tabung Haji memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk memberi jawapan.

“Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan.

“Bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang mengikut jumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran di akaun TH serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital, klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919.

Berita berkaitan
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok