Jangkitan di lapan negeri naik, 11 kes positif Covid-19 di PPS

December 27, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri mencatat peningkatan jangkitan harian Covid-19, walaupun kes di seluruh negara turun daripada 2,778 kes semalam kepada 2,757 hari ini, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.

Di antara lapan negeri itu, Johor merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 361 kes baharu, berbanding 342 semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sejak awal tahun lalu kepada 243,399 kes, dengan sehingga semalam 233,927 pesakit sembuh dan 3,848 kematian.

Sehingga semalam, Johor merekodkan 5,263 kes aktif, termasuk 4,297 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 473 ditempatkan di PKRC; 473 dimasukkan ke hospital; dan 20 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kelantan pula merekodkan 346 jangkitan baharu, berbanding 311 kes semalam; diikuti Kedah (273 kes baharu, 169 semalam); Perak (189 kes baharu, 161 semalam); Pahang (180 kes baharu, 162 semalam); Terengganu (172 kes baharu, 164 semalam); Sabah (125 kes baharu, 108 semalam); dan Perlis (13 kes baharu, 11 semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 3 petang tadi seramai 11 pesakit positif Covid-19 dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.

“KKM ingin memaklumkan satu (1) kluster komuniti pertama melibatkan penularan Vovid-19 dalam kalangan mangsa banjir di sebuah PPS di daerah Bentong, Pahang telah dilaporkan pada 27 Disember 2021.

“Kes indeks bagi Kluster Karak Setia ini merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 19 Disember 2021 melalui saringan individu bergejala bergejala.

“Kes mula bergejala demam, batuk, selesema, dan hilang deria bau sejak 18 Disember 2021. Sehingga 27 Disember 2021 jam 12 tengah hari, seramai 104 individu telah disaring dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu 10 individu dikesan positif dengan punca penularan disyaki pergaulan dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan tersebut. Kesemua kes positif dan kontak rapat telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

Dr Noor Hisham berkata daripada keseluruhan 23,807 mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, seramai 429 individu disahkan positif Covid-19.

Beliau juga memaklumkan seramai 4,620 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan kumulatif sebanyak 2,669,654 kes puluh atau 97.3 peratus daripada 2,743,936 kumulatif positif.

Dalam tempoh sama katanya, sebanyak 163 kes import yang turut membabitkan 12 rakyat asing dikesan, manakala 2,594 kes lagi adalah penularan tempatan, termasuk yang melibatkan 92 bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, 297 pesakit masih dirawat di ICU, termasuk 169 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 2,757 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 40 kes atau 1.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,717 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Sebanyak tujuh kluster baharu turut dikesan menjadikan keseluruhannya 6,110 kluster dengan 5,887 telah ditamatkan dan 223 lagi masih aktif,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok