Jangkitan baharu Covid-19 melonjak melepasi 6,000 kes

November 10, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara kembali meningkat melebihi angka 6,000 setelah beberapa hari merekodkan paras di bawah 5,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 6,243 kes dilaporkan berbanding 5,403 semalam.

Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,522,498 kes.

Bagaimanapun sehingga semalam seramai 2,425,943 pesakit dilaporkan sembuh.

Negeri lain yang mencatat peningkatan kes semalam ialah Sabah sebanyak 545 kes baharu berbanding 364 pada Isnin; diikuti Sarawak (416 kes baharu, 385 pada Isnin); dan Kuala Lumpur (413 kes baharu, 174 pada Isnin).

Kedah pula merekodkan 412 kes baharu berbanding 325 pada Isnin; Johor (385 kes baharu, 302 pada Isnin); Terengganu (246 kes baharu, 210 pada Isnin); dan Perlis (35 kes baharu, 25 pada Isnin).

Melaka yang menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan pada 20 November ini turut merekodkan peningkatan kes daripada 168 pada Isnin, kepada 200 kes semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok