Isteri Bung Moktar mengaku terima RM2.8 juta, kata penyiasat SPRM

May 10, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah kerana memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata Zizie Izette memaklumkan beliau menerima wang pengenalan itu daripada Norhaili Ahmad Mokhtar semasa rakaman percakapan pelakon terbabit diambil oleh SPRM pada 27 Julai 2016.

“Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk K Kumaraendran mewakili Zizie Izette pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Kumaraendran: Adakah kamu bersetuju bahawa isu ‘introduction fee’ (wang pengenalan) daripada Norhaili telah dimaklumkan kepada SPRM pada 27 Julai 2016 dan Mohd Haris menjawab: Setuju.

Dalam prosiding sebelum ini, Norhaili memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu memandangkan beliau memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Bung Moktar adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu.

Mohd Haris, saksi pendakwaan ke-27 berkata rakaman percakapan Zizie Izette telah diserahkan kepadanya selepas seorang pegawai SPRM selesai merekodkan rakaman percakapan selebriti itu, lapor Bernama.

Penguasa Kanan SPRM itu juga bersetuju dengan cadangan peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar, bahawa rakaman percakapan Zizie Izette dibuat mengikut Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009 dan ‘introduction fee’ telah dinyatakan dalam rakaman percakapan tersebut.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengapa rakaman percakapan pasangan suami isteri itu dibuat di bawah Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009, Mohd Haris berkata semasa itu rakaman percakapan diambil sebagai rakaman saksi kerana tiada tangkapan dibuat terhadap mereka.

Menurut Mohd Haris, beliau kemudiannya telah melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan agar Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
15 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
30 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
46 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok