Iklan judi raya: Pengarah, komposer, penyanyi ditangkap

April 19, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap lima lagi individu yang terbabit dalam pembikinan video iklan hari raya yang mempromosikan judi atas talian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kelima-limanya, termasuk pengarah, komposer dan penyanyi ditahan di sekitar ibu negara dan Selangor.

“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terbabit dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut, setakat ini adalah seramai 18 orang.

Semua lima individu terbabit akan direman hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat, khususnya umat Islam yang menyambut bulan Ramadan.

Terdahulu dua laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok