Hutang kerajaan kini RM965.3 bilion, tapi masih terkawal: Shahar

October 5, 2021 · Isu semasa

Hutang terkini kerajaan adalah sebanyak RM965.3 bilion atau 63.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada akhir Ogos lalu, kata Mohd Shahar Abdullah.

Timbalan Menteri Kewangan I itu  menjelaskan hutang statutori merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatat 59.2 peratus daripada KDNK bagi tempoh sama.

Katanya, ia masih di bawah had 60 peratus daripada KDNK yang ditetapkan.

Berikutan kedudukan kewangan kerajaan yang masih dalam defisit, Mohd Shahar berkata, kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai pakej bantuan kepada rakyat, selain projek pembangunan bagi menyokong objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, sekatan perbelanjaan bagi pakej berkenaan lebih awal dikhuatiri boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi.

“Bagi meringankan beban hutang dan bayaran khidmat hutang, kerajaan Persekutuan perlu memastikan perbelanjaan memberi impak berganda kepada ekonomi dan rakyat.

“Dengan pengukuhan dan pemulihan kembali ekonomi, hasil kerajaan akan kembali meningkat dan ini memberi ruang fiskal kepada kerajaan,” katanya lapor Bernama di Dewan Rakyat.

Shahar hari ini menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Kewangan.

Mohd Shahar memaklumkan, kerajaan akan melaksanakan reformasi fiskal termasuk cadangan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana untuk memacu langkah konsolidasi fiskal pasca krisis.

Katanya, inisiatif itu meliputi langkah rasionalisasi dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan melalui kajian semula perbelanjaan awam dalam mengukuhkan kedudukan kewangan dan sebagai usaha kerajaan membina semula ruang fiskal.

“Langkah konsolidasi fiskal akan turut disokong melalui Strategi Hasil Jangka Sederhana iaitu mengkaji dan menambah baik sistem percukaian sedia ada, memperluas asas hasil, memanfaatkan potensi sektor tidak formal, mengurangkan amalan terkurang lapor dan isytihar, mengurangkan ketirisan cukai serta menambah baik pentadbiran cukai melalui pengurusan data yang berkesan dan mengintegrasi data dengan agensi berkaitan.

“Pelaksanaan langkah konsolidasi fiskal disertai kutipan hasil yang lebih baik pasca krisis dijangka dapat mengurangkan paras hutang dan beban bayaran khidmat hutang secara beransur-ansur demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahar berkata, setakat 30 Jun lalu, jumlah hutang yang dijamin kerajaan adalah RM300.44 bilion atau 19.84 peratus daripada KDNK.

Katanya, ia meliputi pinjaman domestik sebanyak RM273.93 bilion (91.2 peratus) dan pinjaman luar sebanyak RM26.51 bilion (8.8 peratus).

“Setakat ini, semua syarikat yang mendapat jaminan kerajaan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi hutang mereka.

“Kedudukan kewangan syarikat berkenaan adalah baik, yang mana syarikat ini ada sumber kewangan sendiri, manakala hutang syarikat kerajaan yang dijamin akan disediakan peruntukan oleh kerajaan berdasarkan tempoh matang hutang masing-masing untuk membayar balik hutang mereka.” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok