Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan

April 18, 2022 · Isu semasa

Pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri (PM), Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bakal kembali bertugas bersama pasukan polis selepas membuat permohonan secara rasmi pemindahan.

Nik Ezanee yang juga mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor itu sebelum ini dipanggil untuk berkhidmat bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sempat berkhidmat selama empat bulan.

Menurut laporan media sebelum ini, Nik Ezanee berkata sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Ismail Sabri berhubung keputusannya tersebut dan sangat memahami berhubung situasi dihadapinya.

“Saya bercakap dengan Perdana Menteri pada 2 April, dan saya memberitahu kemahiran dan bakat saya lebih baik digunakan di lapangan, kerana ia adakah kepakaran saya,” katanya dipetik laporan media, portal The Vibes baru-baru ini.

Nik Ezanee kemudiaan berkata lagi, “Perdana Menteri sangat memahami dan beliau berkata tidak mempunyai masalah dengan permintaan saya. Jadi, pada hari sama, saya memasukkan (permintaan dalam sistem) untuk perpindahan.”

Bagaimanapun timbul spekulasi berlainan berhubung isu perpindahan tersebut, menurut sumber ia melibatkan beberapa isu berhubung pentadbiran dalam pejabat PM yang dikatakan bermasalah.

Selain tidak boleh dikritik sehingga akan mengambil tindakan menyaman media, difahamkan terdapat individu dalam pejabat PM berperwatakan sama seperti Rosmah 2.0 dan khabar angin mengatakan terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam pejabat PM ketika ini.

Untuk rekod, Agenda Daily juga sebelum ini disaman hanya kerana ulasan dan analisa politik yang dikeluarkan tidak memihak kepada Ismail Sabri.

Agenda Daily juga sudah menghantar afidavit dan pernyataan pembelaan berhubung saman yang dikemukakan oleh peguam Ismail Sabri.

Nik Ezanee merupakan sebahagian daripada rombakan melibatkan lima pegawai kanan polis pada Disember tahun lepas.

Beliau dilantik sebagai Ketua JSJ Selangor pada 12 April 2021. Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya selama setahun lebih.

Nik Ezanee terkenal dengan sikap bersederhana dan pemurahnya yang sentiasa membantu masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Berita berkaitan
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
13 jam lalu· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan muat naik hantaran menghasut dalam TikTok
May 22, 2023· Isu semasa
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
13 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok