Hukuman mati, sebat dimansuh tahun depan, kata Wan Junaidi

September 6, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa Malaysia akan memansuhkan hukuman mati mandatori dan sebat menjelang tahun depan, dengan pindaan kepada undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

Wan Junaidi memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star bahawa hakim akan diberi budi bicara untuk menjatuhkan dua hukuman itu sebaliknya jika pindaan itu diluluskan.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar dan tiada gangguan pada sesi Belanjawan akan datang, kita tidak akan dikenakan hukuman mati mandatori pada 2023.

“Ini juga akan dikenakan kepada hukuman sebat kerana ia akan diserahkan kepada budi bicara hakim,” katanya.

Wan Junaidi berkata beliau berhasrat membentangkan cadangan pindaan itu pada mesyuarat Parlimen yang bermula 3 Oktober ini.

“Pindaan ke atas hukuman mati mandatori akan meliputi pindaan kepada 33 seksyen di bawah undang-undang dan melibatkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan,” tambahnya.

Difahamkan, 11 kesalahan itu terdiri daripada sembilan di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Api (Penalti Tambahan).

Mengenai hukuman sebat, Wan Junaidi berkata pindaan yang dicadangkan itu tidak akan menghapuskan hukuman berkenaan, tetapi sekali lagi memberi budi bicara kepada hakim sama ada untuk mengenakannya.

“Secara peribadi, saya melihat hukuman sebat sebagai sangat kejam dan ganas serta tidak berperikemanusiaan.

“Inilah sebabnya saya mencadangkan agar hakim mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman itu,” katanya, sambil menambah kebanyakan pesalah mengalami luka terbuka dengan ramai yang pengsan selepas tiga pukulan.

Dengan budi bicara yang diberikan, hakim boleh menimbang beratnya kemudaratan yang dilakukan oleh pesalah terhadap mangsa mereka sebelum menjatuhkan hukuman, tambahnya.

Wan Junaidi menambah bahawa beliau akan bertemu Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi untuk membincangkan perkara itu sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet bagi membentangkan pindaan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai mereka yang sedang menjalani hukuman mati, beliau berkata kerajaan masih memikirkan pilihannya.

Menurut The Star, masih terdapat 1,342 banduan yang berdepan hukuman gantung hingga Jun 2022.

Berita berkaitan
Hukuman akan diambil terhadap MP Bersatu sokong Anwar
November 10, 2023· Politik
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Najib gagal tangguh perbicaraan kes dana 1MDB
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok