Hanya tinggal 11 daerah di Malaysia masih zon hijau Covid-19

May 14, 2021 · Isu semasa

Hanya tinggal dua daerah sahaja lagi di Semenanjung Malaysia dan sembilan daerah di Sabah serta Sarawak yang masih berstatus hijau Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

“Situasi semasa daerah-daerah seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes #COVID19 setakat 13 Mei. Hanya tinggal 2 daerah zon hijau di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua daerah di Semenanjung yang tidak mencatatkan kes Covid-19 ialah Kemaman dan Kuala Terengganu, kedua-duanya di Terengganu.

Sementara tujuh daerah di Sabah membabitkan Tambunan, Kudat, Pitas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Telupid. Dua daerah di Sarawak ialah Kabong serta Telang Usan, katanya.

Sebanyak 19 daerah dikategorikan zon kuning di Semenanjung, Sarawak (10) dan Sabah (10). Masing-masing mencatat satu hingga 20 kes jangkitan Covid-19.

Tujuh daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga membabitkan Kuala Kangsar, Perak; Rompin, Pahang; Tampin dan Jempol, Negeri Sembilan; Julau, Sarawak; Wilayah Persekutuan Labuan; dan Semporna, Sabah, yang masing-masing mencatatkan 21 hingga 40 kes.

Katanya, selain daripada itu semua daerah dikategorikan sebagai zon merah apabila mencatatkan 41 kes ke atas.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada pada tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau berkata, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).

“Terus patuhi SOP di musim perayaan. Jaga diri dan jaga keluarga,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok